PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA
PENDAHULUAN
Malaysia
adalah sebuah negara yang penduduknya terdiri dari pelbagai kaum yang
mengamalkan cara hidup yang tersendiri. Perbezaan ini dapat dilihat melalui
bahasa, politik ,ekonomi , tempat tinggal dan hubungan sosial. Masyarakat
Malaysia terdiri daripada kaum Cina, kaum India, kaum Melayu. Manakala di Sabah
dan Sarawak terdapat kaum Kadazan,Iban
,Kayan, Bajau, Bidayuh dan banyak lagi. Mereka ini juga dianggap sebagai kaum
Bumiputera selain orang-orang Melayu termasuk orang Asli . Intergasi pula
membawa maksud penyatuan kelompok masyarakat yang mempuntai latar belakang yang
berbeza ,lalu menjadi satu entiti yang terikat oleh nilai serta kepentingan
bersama. Ia juga berperanan untuk menyatupadukan pelbagai kelompok dalam
masyarakat melalui identiti bersama
kerana perpaduan rakyat menjadi teras kepada kemerdekaan negara yang berdaulat.
Malaysia seperti negara lain yang ingin mencapai kemajuan
dan negara kita sedang menuju negara maju berdasarkan Wawasan 2020.Oleh itu untuk mencapai impian ini negara
mestilah menyatupadukan semua kaum dengan melaksanakan pelbagai dasar seperti
Rukun Negara , Dasar Pendidikan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan , Dasar Ekonomi
Baru, Wawasan 2020 dan Dasar Pembangunan Negara.Justeru itu semua kaum di
Malaysia diwajibkan memahami , menerima , menghormati dan mengamalkan nilai
hidup dan identiti yang sama bagi membentuk rakyat yang sama selaras dengan
impian konsep 1Malaysia.
KEPENTINGAN INTEGRASI KAUM DAN HUBUNGAN ETNIK
Hubungan
etnik yang mantap sangat perlu dalam kalangan rakyat sesebuah negara yang mempunyai kepelbagaian kaum yang terdiri dari
kaum Melayu , kaum Cina dan kaum India . Kaum-kaum ini juga terdiri daripada
pelbagai agama, bahasa, budaya dan etnik
yang tersendiri. Kaum Melayu terdiri daripada etnik Jawa. Bugis , Rawa , Banjar
yang datang dari kepulauan Indonesia. Manakala kaum Cina terdiri daripada
etnik Kwangsi, Hakka, hokien , Kantonis, Teochem dan Hainan. Bagi kaum India
pula mereka terdiri dari kasta Maruthuvar,Vanniyar ,Thevar ,Nadar ,Yadhavar dan
Adhi Dravidar. Kesemua etnik ini mempunyai bahasa yang berbeza dan cara
hidup yang berbeza.
Oleh itu kerajaan
mestilah berusaha untuk menyatukan hubungan etnik, perpaduan dan integrasi amat
penting bagi mewujudkan kestabilan politik dan seterusnya pembangunan negara
berjalan rancak tanpa sebarang gangguan ataupun berlakunya prasangka antara
kaum.Selain itu juga Integrasi kaum dan
hubungan etnik sangat penting supaya tenaga negara dapat disalurkan kepada
memajukan negara .Selaras dengan harapan pemimpin negara untuk mencapai negara
maju menjelang 2020.Sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum dan
etnik, perkara ini dianggap penting kerana kemajuan sesebuah negara adalah
bergantung kepada perpaduan rakyat di negara . Lantaran itu Perdana Menteri
Malaysia iaitu Datuk Seri Najib bin Tun Abdul Razak telah menekankan tentang
pentingnya perpaduan kaum atau integrasi kaum di negara ini diperkukuhkan
melalui slogannya iaitu ‘Satu Malaysia’ dengan perkara asas yang perlu
diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat-menghormati sesama
kaum.
CABARAN INTEGRASI KAUM DAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA
Cabaran
utama yang menghalang intergrasi kaum dan hubungan etnik di negara kita adalah
bersangkutan dengan nilai hidup iaitu prasangka, perkauman , etnosentrisme ,
sosioekonomi dan pemisahan fizikal.
Kesemua perkara ini membawa perpecahan antara kaum dan etnik kerana mereka
masih kukuh kepada peranan tradisional dan berpegang teguh kepada nilai-nilai
yang terbatas antara kaum. Masalah hubungan etnik dan intergrasi kaum ini
berpunca daripada dasar-dasar British ketika menjajah Tanah Melayu dulu.
Sikap
prasangka buruk antara kaum dan mengutamakan etnik sendiri menjadi penghalang
kepada perpaduan antara kaum dan bercorak generalisasi dan stereotaip di atas
bukti-bukti yang tidak kukuh.Masalah prasangka buruk antara kaum ini
bermula dari Era Penjajahan British yang menjalankan pemerintahan Dasar Pecah dan
Belah yang telah menjarakkan perpaduan antara kaum. Begitu juga Era Pendudukan
Jepun yang telah mengamalkan sikap berat
sebelah dengan semangat anti-Cina telah memberi peluang kepada kaum Melayu
membabitkan diri dalam bidang perniagaan keadaan ini telah menimbulkan
kemarahan kaum Cina .Setelah Jepun menyerah kalah kaum Cina telah
mengambil tindakan dengan membalas dendam kepada kaum Melayu ,kesannya
berlakulah pergaduhan antara kaum.
Manakala perkauman pula merupakan sikap mementingkan kumpulan
etnik sendiri dalam bidang politik ,ekonomi dan sosial atau kebudayaan dimana
satu-satu etnik memntingkan kaumnya sendiri. Sikap perkauman ini boleh
menwujudkan hubungan yang tegang dan menjarakkan sosial antara individu. Sikap
perkauman ini boleh menghalang perpaduan rakyat sekali gus merencatkan kemajuan
negara.Etnosentrisme pula merujuk kepada kepercayaan bahawa unsur-unsur
budaya sendiri adalah yang terbaik dari budaya etnik lain. Sikap ini menghalang
interaksi dan pergaulan yang luas antara kaum dan etnik.
Kedudukan geografi juga mempengaruhi masalah integrasi kaum
dan hubungan etnik kerana jarak yang jauh menyukarkan perhubungan dan sukar
mengenali etnik lain. Sebagai contoh kedudukan Sabah dan Sarawak yang terpisah
dengan Semenanjung Malaysia sukar untuk berhubung dan ia boleh menimbulkan
prasangka antara kaum dan etnik.
USAHA INTEGRASI KAUM DAN HUBUNGAN ETNIK
Dalam Perlembagaan terkandung beberapa perkara yang menjurus
kepada kesamarataan kaum seperti hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera dan kerakyataan bagi kaum Cina dan
kaum India. Bagi hak istimewa kaum Melayu dan Bumiputera adalah bertujuan
untuk membangunkan kaum Melayu demi
menyumbangkan kedudukan ekonomi dan sosial anata kaum. Kewujudan Akta
keselamatan Dalam Negari (ISA) adalah
bertujuan menjaga kepentingan dan keselamatan dalam negeri dengan tujuan utama
mencegah daripada sesiapa rakyat membangkitkan isu-isu sensitiv di khalayak
ramai bagi menjaga persefahaman rakyat. Penyatuan parti-parti berbilang kaum
seperti Barisan Nasional adalah sangat wajar bagi menyelesaikan masalah yang
dihadapi dengan penuh kesamarataan.
Dalam bidang ekonomi pula ketidaksamarataan telah mewujudkan
jurang yang sangat besar antara kaum dan etnik dan ia menjadi penghalang kepada
integrasi dan perpaduan kaum serta etnik.
Lantaran itu kerajaan telah mewujudkan usahawan-usahawan Melayu dengan
cara memberi bantuan, pinjaman ,lessen dan kontrak pekerjaan.Di samping
itu juga agensi kerajaan seperti PERNAS,MARA dan UDA turut membantu orang
Melayu dengan aktif terutama dalam bidang perniagaan agar matlamat Dasar
Ekonomi Baru tercapai. Kerajaan juga mengalakkan kaum bumiputera membeli saham
tajaan kerajaan seperti MARA dan PNB. Tidak ketinggalan juga kerajaan telah
membangunkan tanah seperti FELDA, RISDA , KEJORA , KESEDAR dan FELCRA untuk
mermbangunkan kedudukan ekonomi dan sosial kaum bumiputera.
Pembangunan tanah secara berkelompok atau menggunakan
pendekatan agropolitan akan dilaksanakan untuk pembangunan pertanian kepada masyarakat
Orang Asli serta Bumiputera Sabah dan Sarawak. Pemberian tanah ini untuk
golongan ini akan membolehkan mereka memajukan dengan bantuan kerajaan. Di
samping itu mereka turut diberi akses yang lebih baik kepada infrastruktur dan kemudahan awam seperti jalan, pendidikan
dan kemahiran. Kerajaan tidak mahu ada golongan atau kumpulan yang tertinggal
dalam pelaksanaan RMK 10 kerana keadilan sosial perlu diutamakan. Pemberian
tanah serta usaha memajukan pertanian secara berkelompok membolehkan mereka menikmati pendapatan yang
lebih lumayan.
Dalam bidang sosial dan kebudayaan amalan pengkongsian
pelbagai kaum dan etnik telah dilakukan semenjak merdeka lagi terutama dalam
bidang pendidikan .Kurikulum pendidikan juga telah diubahsuai bagi pengenalan
kepada unsur budaya pelbagai kaum dan etnik yang terdapat di Negara kita.
Pengiktirafan kerajaan terhadap kepentingan pendidikan yang berteraskan agama
juga tidak ketinggalan dalam perancangan RMK10. Bantuan merupa dana tahunan
disediakan untuk sekolah-sekolah agama, sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil
juga kepada sekolah mubaligh . Ia adalah bertujuan memupuk hubungan antara kaum
dan etnik, supaya kaum-kaum lain yang terdapat di Negara kita tidak terasa
dipinggirkan oleh kerajaan.
Satu daripada penanda aras atau indikator negara maju ialah
penjagaan dan perkhidmatan kesihatan yang lengkap di samping rakyatnya sihat
dan cerdas. Penyediaan kemudahan kesihatan yang menyeluruh serta bertaraf dunia
telah lama dilaksanakan oleh kerajaan. Kerajaan sentiasa memastikan tidak ada
kawasan atau rakyat yang tidak mendapat perkhidmatan kesihatan di negara ini.
Sejak RMK pertama hingga RMK10
perkhidmatan kesihatan sentiasa diberi perhatian yang serius oleh kerajaan. Banyak
hospital, pusat kesihatan, klinik, klinik bergerak tidak ketinggalan juga
hospital pakar telah banyak didirikan di setiap negeri dalam negara ini.
Peruntukan yang berbilion ringgit setiap tahun telah diberi kepada sektor
kesihatan bagi menjamin kualiti kesihatan kepada rakyat. Ia dalaha bertujuan
menjamin kesihatan rakyat terjamin tanpa mengira bangsa contohnya dengan
kewujudan Klinik 1 Malaysia. Tanpa mengira lokasi sama ada bandar, pedalaman
atau taman perumahan, kerajaan sentiasa menyediakan kemudahan kesihatan kepada
rakyat. Tidak ada mana-mana kawasan atau rakyat yang terpinggir daripada
menikmati peluang kesihatan percuma di negara ini. Keprihatinan kerajaan
menyediakan kemudahan kesihatan bertujuan mewujudkan rakyat Malaysia yang
sihat, cergas dan mampu melaksanakan pembangunan untuk negara atau menyumbang
secara yang mampu.
Kemewahan dan nikmat pembangunan yang dikecapi rakyat
Malaysia kini telah menyebabkan pertambahan bilangan pesakit. Pelbagai penyakit
sama ada kronik atau wabak semakin bertambah di negara ini menyebabkan
kebanyakan hospital kerajaan menjadi sesak. Prihatin dengan situasi ini,
kerajaan sentiasa menambah bilangan hospital dengan membina bangunan tambahan
atau baru. Empat buah hospital baru dan empat yang akan dinaik tarafkan telah disediakan untuk memberi kemudahan dan
keselesaan kepada rakyat yang memerlukan rawatan.Konsep kebudayaan nasional
telah diperkenalkan pada tahun 1970 adalah bertujuan untuk memperkenalkan
identity nasional. Di Negara kita kebudayaan nasional adalah berasaskan
kebudayaan Melayu di samping menerima unsur-unsur kebudayaan lain .
ASAS PERPADUAN KAUM DAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA
Pencapaian
penyatupadukan kaum dan etnik di Negara kita jelas Berjaya apabila perkongsian
kuasa politik telah terjalin dengan jayanya sebagai contoh dalam UMNO. Begitu juga dalam sistem demokrasi berpalimen yang diamalkan di Negara kita .Setiap
ahli politik yang mewakili diberi kuasa untuk menyuarakan pendapat dari
pelbagai etnik ,walau bagaimanapun masih terikat dengan undang-undang yang
telah kita setujui bersama ketika perlembagaan Tanah Melayu hendak dibentuk
dulu. Setiap rakyat juga diberi
kebebasan bersuara untuk menjaga kepentingan diri dan keluarga tetapi masih
terikat dengan undang-undang dan peraturan tertentu . Semua ini bertujuan untuk
menjaga intergrasi kaum dan hubungan etnik supaya sentiasa terjalin dengan
muhibah.
Sebenarnya ekonomilah yang memainkan peranan yang sangat
penting dalam memupuk integrasi kaum dan hubungan etnik yang mesra .Pertumbuhan
ekonomi yang berterusan dan baik dapat meningkatkan perpaduan yang utuh.
Disamping itu kerajaan juga dapat mengendalikan program ekonomi yang lebih
berkesan, sebagai contoh komuniti kaum Melayu telah semakin maju dalam bidang
ekonomi dan terlibat aktif dalam bidang
perniagaan. Melalui DEB yang mempunyai serampang dua mata juga telah Berjaya
memenuhi keperluan semua kaum dan etnik dan tidak merugikan sesiapapun.
Tolak ansur dalam budaya juga telah menambahkan kemesraan
antara kaum dan etnik apabila bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi dan bahasa
ibunda lain masih boleh digunakan dengan bebas tanpa sekatan. Kaum-kaum lain
dan kumpulan etnik bebas mempelajari bahasa ibunda tanpa dikenakan hukuman.
Begitu juga dengan amalan budaya lain masih boleh diteruskan oleh komuniti
walaupun budaya Melayu jelas diamalkan di Negara kita. Tolak ansur ini
bertujuan menjaga perasaan semua kaum dan etnik di Negara kita supaya semua
prasangkaan dapat dihapuskan. Kerajaan juga tidak lupa menganjurkan kongsi raya
bagi mewujudkan penyatuan dalam konsep 1 Malaysia. Begitu juga kunjungan
muhibah yang diadakan sempena rumah terbuka setiap kali perayaan yang diadakan
oleh Perdana Menteri dan ahli kabinet lain.
Sumber: http://monas-personakasih.blogspot.com/
DISEDIAKAN OLEH-WAN AIMUNI BT WAN ABD WAHAB
No comments:
Post a Comment